Popular Posts

Thursday, 5 April 2012

Pada 17hb September 2011...



Pada 17hb September 2011... adalah hari yang paling bermakna
dalam perjalanan hidup aku. Pada tarikh tersebut aku telah pun menjadi seorang pelajar semula yang sekian lama aku meninggalkan dunia seorang pelajar selama 20 tahun yang lalu dan pada tarikh tersebut juga kitaran hidupku mula berubah.

Pada 17hb September 2011...aku telah berikrar menjadi seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia  yang akan taat setia serta berikrar untuk mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh pihak universiti. Walaupun aku hanya pelajar separuh masa (part time) tetapi tanggungjawabnya sama seperti pelajar sepenuh masa.


Pada 17hb September 2011...dunia ku telah berubah. Dimana selepas waktu pejabat aku akan terus ke dewan kuliah setiap hari  isnin hingga khamis, kuliah aku akan bermula pada jam 7.00 malam hingga jam 10.00 malam dan pada hari sabtu, kuliah akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Selalunya pada waktu-waktu tersebut aku selalu bersama-sama keluarga tetapi kini masa aku lebih banyak dihabiskan di dewan kuliah.








Perjalanan Ku


Ya tuhanku...kau ampunilah dosa ku, kau berkatilah perjalanan ku, kau langkahkanlah kaki ku ke tempat yang diredhai mu dan janganlah engkau langkahkan kaki ku ke jalan ke tempat maksiat. Amin.